Jenazah tiga beradik lemas selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah tiga beradik lemas selamat dikebumikan

AMIT Yusof (kanan) iaitu bapa kepada tiga beradik yang lemas pada Selasa selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Contoh, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTATAN: Jenazah tiga beradik bersama sepupu mereka yang lemas dalam kejadian pada 6 petang Selasa lalu selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Contoh kira-kira 3 petang tadi.

Tiga beradik yang dikenali sebagai Korais Amit,8; Noraini Amit,13; Rafidah Amit,14 dan sepupu mereka Galang Naim,17 ditemukan lemas di Pantai Gorongon, Kampung Contoh, Petagas selepas mandi-manda bersama lima remaja dan kanak-kanak lain.

Jenazah keempat-empat mereka dikebumikan dalam dua liang lahad mengikut jantina selepas dimandikan dan disembahyangkan di Masjid As-Salam Kg Contoh, Petagas.

Kesemua mangsa dibedah siasat di Hospital Queen Elizabeth I.

Majlis pengebumian mangsa hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ibu kepada salah seorang mangsa, Awalah Antulah, 51, berkata, dia redha dengan ketentuan Allah.

“Biarpun berat rasa hati untuk menerima kehilangan anak tapi, dia harus menerima ketentuan Allah SWT ini.

“Anak saya Noraini yang lebih mesra dengan panggilan Bibi memang seorang anak yang patuh dan dengar cakap orang tua.

“Dia begitu penyayang dan peramah dengan jiran tetangga lain. Kehilangan dia pasti akan dirasai,” katanya.

Awalah juga ibu tiri kepada dua lagi adik-beradik Noraini iaitu Korais dan Rafidah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya