PETALING JAYA: Kerajaan harus berani untuk memperuntukkan suntikan fiskal yang lebih tinggi dalam program bantuan Pemerkasa Plus bagi membantu rakyat menghadapi sekatan pergerakan penuh bermula semalam. Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, sekalipun ia akan meningkatkan tahap hutang negara, kerajaan tidak perlu risau memandangkan keutamaan kerajaan ketika ini adalah terhadap kesejahteraan rakyat. “Dengan kutipan cukai langsung dan tidak langsung yang dijangka berkurang serta tiada pengenalan cukai baharu, secara rasionalnya suntikan fiskal tersebut akan menjadi hutang baharu. “Bagaimanapun, kita tidak seharusnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya