Jangan percaya mesej berkaitan BKIT - Utusan Malaysia

Jangan percaya mesej berkaitan BKIT

MESEJ tular yang palsu mengenai program BKIT yang kononnya dibuka kepada ibu tunggal disebarkan di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Mesej tular mengenai Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) bagi tahun 2021 yang bertebaran di media sosial ketika ini adalah palsu semata-mata.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Zaiton Ismail berkata, BKIT hanya ditawarkan pada tahun lalu sahaja dan tidak ada pada tahun ini. 

“Saya telah menerima banyak pertanyaan mengenai penyebaran maklumat mengenai BKIT bagi tahun ini. Untuk makluman, BKIT hanya diberi pada tahun 2020 dan setakat ini permohonan BKIT tidak dibuka untuk tahun ini.

“Sekiranya kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuka permohonan BKIT akan saya kongsikan kepada semua,” ujarnya dalam kenyataan hari ini. 

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial serta aplikasi WhatsApp bahawa pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggalakkan golongan ibu tunggal mendaftar bagi permohonan BKIT. 

Menurut hantaran itu lagi, daripada sasaran bantuan sebanyak 35,000 penerima, hanya 3,000 Ibu tunggal sahaja yang sudah berdaftar. 

“Justeru, saya berharap tiada lagi pihak yang menyebarkan maklumat ini bagi mengelirukan masyarakat,” kata Zaiton.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya