Jakim umum pelantikan beberapa jawatan baharu - Utusan Malaysia

Jakim umum pelantikan beberapa jawatan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengumumkan beberapa pelantikan baharu bagi jawatan tertinggi jabatan itu berkuat kuasa hari ini.

Salah satu pelantikan baharu yang terlibat ialah bagi jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim baharu, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee dari Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan.

Jawatan tersebut sebelum ini dikosongkan Datuk Abdul Aziz Jusoh selepas dilantik sebagai Ketua Pengarah Jakim pada 15 Januari lalu.

Selain itu, Datuk Selamat Paigo pula dilantik sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) baharu yang sebelum ini memegang jawatan Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kemajuan Islam, Jakim.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jawhar sebelum ini, Ruslan Said ditempatkan ke Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jakim.

Kekosongan jawatan Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kemajuan Islam, Jakim pula diisi oleh Dr. Muhammad Yamin Ismail dari Pengarah Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS).-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya