Jakim nafi tawar bonus menerusi SPH - Utusan Malaysia

Jakim nafi tawar bonus menerusi SPH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan bahawa pihaknya menawarkan pemberian bonus kepada orang ramai menerusi Skim Pembiayaan Hafiz (SPH).

Ketua Unit Komunikasi Korporatnya, Zakaria Othman berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kewujudan sindiket penipuan yang menggunakan nama skim itu.

Kata beliau, beberapa aduan telah diterima berkaitan cubaan untuk menipu orang ramai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menghantar mesej menawarkan bonus hari raya.

“Jabatan ini menegaskan bahawa kami tidak akan sewenang-wenangnya menghubungi orang awam bagi menawarkan sebarang bentuk bonus.

“Segala urusan pemberian peruntukan dan pembiayaan SPH adalah perlu dibuat melalui proses yang ditetapkan sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, katanya, Jakim memandang serius mengenai perkara itu dan ingin menasihatkan orang awam agar berhati-hati supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya