`Jaga tepi kain rakyat‘ - Utusan Malaysia

`Jaga tepi kain rakyat‘

FARHASH WAFA SALVADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jentera kerajaan terutamanya kementerian yang ada sekarang didakwa seolah-olah tidak memelihara sistem demokrasi dalam negara.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata kerajaan sepatutnya memberi fokus kepada masalah rakyat.

“Ketidaksefahaman matlamat pelaksanaan sekatan pergerakan penuh di antara kementerian  adalah faktor utama kerajaan masih gagal.

“Sememangnya kerajaan harus bersikap jaga tepi kain rakyat apabila melibatkan kelangsungan hidup, tetapi bukannya untuk menidakkan suara demokrasi melalui penangguhan kongres sebuah parti reformis,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan surat supaya Kongres Nasional PKR yang berlangsung pada 6 Jun ditangguhkan walaupun kongres itu dilakukan secara maya sepenuhnya.

Kata Farhash, arahan penangguhan Kongres Nasional Tahunan PKR 2020 daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) memperlihatkan betapa terdesaknya kerajaan dalam usaha menidakkan suara rakyat.

“Lebih membingungkan adalah kebimbangan yang tidak rasional seolah-olah wabak Covid-19 kini boleh merebak secara maya. Namun kita akur akan arahan MKN agar dapat membendungi wabak ini bersama-sama,” katanya.

Senada dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Amanat Khasnya baru-baru  ini yang menyeru supaya kerajaan beri tumpuan untuk menyelesaikan kemelut rakyat yang sedang susah.

“Keutamaan kerajaan haruslah ditumpukan kepada permasalahan rakyat yang kini terpaksa merana akibat kelemahan dalam perencanaan program vaksinasi.

“Kerajaan juga digesa untuk mengagihkan bantuan dana yang sejajar dengan keperluan kategori pendapatan isi rumah selain golongan B40,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya