IRDA sasar jadi wilayah rendah karbon menjelang 2025 - Utusan Malaysia

IRDA sasar jadi wilayah rendah karbon menjelang 2025

ISMAIL IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) komited untuk meneruskan pelbagai projek pembangunan yang seimbang antara pertumbuhan ekonomi dan aspek penjagaan alam sekitar.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Ismail Ibrahim berkata, keseimbangan itu selari dengan fokus pihaknya yang mahukan pertumbuhan secara holistik membabitkan peningkatan kualiti dan taraf hidup masyarakat.

Menurut beliau, banyak inisiatif yang telah dan akan diambil IRDA bersempena sambutan ulang tahun ke-15 pihak berkuasa tersebut tahun ini.

“Ini bukan aspirasi kosong semata-mata sebaliknya kami jangka akan dapat mengurangkan tahap penggunaan karbon di Iskandar Malaysia kepada 58 peratus menjelang tahun 2025 berbanding tahap direkod pada tahun 2005.

“Dua inisiatif utama yang akan memacu agenda hijau ini adalah pelaksanaan Low Carbon Society Blueprint for Iskandar Malaysia 2030-Climate Action Plan dan kerjasama dalam program Alliance to End Plastic Waste (AEPW) and ICLEI–Local Governments for Sustainability’s,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Ismail, sebagai permulaan pihaknya menyasarkan untuk menggunakan bahan plastik kitar semula sekaligus mengurangkan lambakan bahan itu di tapak pembuangan sampah.

“Antara perancangan lain termasuklah mentafsir semula penggunaan bahan plastik dalam urusan harian dan mengkaji penggunaan bahan baharu yang lebih mesra alam sekitar.

“Sementara itu, Projek Rejuvenasi Sungai Segget juga telah berjaya meningkatkan kualiti air sungai berkenaan sekaligus mengurangkan pencemaran ke Selat Tebrau selain turut menyelesaikan masalah banjir yang kerap berlaku di pusat bandar raya ini,” ujarnya.

Tambah beliau, projek pengangkutan awam Transit Rapid Bas Iskandar Malaysia (IMBRT) juga bertujuan untuk mengurangkan tahap pengeluaran karbon kenderaan kerana ia menggunakan teknologi elektrik.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya