Ikan lumba-lumba mati terdampar di Pantai Puteri - Utusan Malaysia

Ikan lumba-lumba mati terdampar di Pantai Puteri

Beberapa orang penduduk membantu mengalihkan bangkai ikan lumba-lumba seberat 250 kilogram yang terdampar di Pantai Puteri, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seekor ikan lumba-lumba putih atau nama saintifiknya, Sousa chinensis seberat 250 kilogram ditemukan mati terdampar dengan kesan kecederaan di kepala di Pantai Puteri di sini, semalam. 

Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Mohd Fauzi Solehon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada Ketua Jaringan Nelayan Pantai Rombang,  Azmi Leman kira-kira pukul 4.30 petang.

“Sebaik sahaja menerima laporan, seramai enam pegawai daripada Jabatan Perikanan Melaka telah bergerak ke lokasi untuk memeriksa dan menyiasat serta menguruskan bangkai ikan lumba-lumba tersebut. 

“Dalam pemeriksaan, kita menjumpai kesan kecederaan di kepalanya yang dipercayai menjadi punca kematian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kesan kecederaan itu berkemungkinan berpunca kerana tersangkut pada jaring nelayan. 

“Selat Melaka merupakan laluan populasi Ikan lumba-lumba ini. Mamalia laut ini boleh dilihat dan berada sehingga lima batu nautika secara berkumpulan antara lima hingga 20 ekor dari pantai. 

“Jangka hayat ikan ini sehingga 30 tahun bergantung kepada spesies. Namun, ikan sepanjang 2.55 meter tersebut mungkin mati disebabkan kecederaan kerana tersangkut pada jaring nelayan,” jelasnya.

Tambahnya, ikan lumba-lumba merupakan spesies terancam dan dilindungi dibawah Akta Perikanan 1985 iaitu ia tidak boleh ditangkap dan diganggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya