Ibu 100 tahun, tiga anak warga emas gembira sudah terima vaksin - Utusan Malaysia

Ibu 100 tahun, tiga anak warga emas gembira sudah terima vaksin

LYE Nyee Moi (dua, dari kanan) bersama anak-anaknya, Wong Yee Mooi (kiri), Wong Kit Lan (dua, dari kiri) dan Wong Kam Tim (kanan) menunjukkan kad perakuan penerimaan vaksin Covid-19 ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Sungai Sendayan, Port Dickson dekat sini hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Semalam pastinya hari yang tidak boleh dilupakan buat empat sekeluarga warga emas di Kampung Sungai Sendayan dekat sini apabila mereka bersama-sama menerima vaksin Covid-19 masing-masing.

Ibu, Lye Nyee Moi, 100, menerima suntikan vaksin Covid-19 bersama tiga orang anaknya iaitu Wong Kit Lan, 79, Wong Man Tim, 76 dan Wong Yee Moi, 73, di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Kompleks Belia dan Sukan Telok Kemang, dekat sini.

Nyee Moi berkata, pada mulanya, dia menerima tarikh suntikan dan lokasi PPV itu hanya bersama seorang anaknya manakala dua orang anaknya yang lain di PPV berlainan.

“Bagaimanapun, mereka (dua orang anaknya) mendapat pertukaran PPV berikutan tiada kenderaan untuk kami ke tempat pemberian vaksin. Jadi, mereka dibantu untuk mendapatkan lokasi PPV yang sama dengan saya.

“Saya gembira mendapat suntikan vaksin bersama anak-anak saya. Mereka juga seronok dapat berkongsi kenangan yang sama dengan saya,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Sungai Sendayan dekat sini hari ini.

Menurut Kit Lan, mereka sekeluarga memang sudah lama menunggu untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 selepas mendafar di aplikasi MySejahtera.

“Ibu juga kelihatan sangat gembira kerana baginya vaksin ini boleh mencegah kami daripada terkena jangkitan Covid-19,” katanya yang turut memberitahu penerimaan dos kedua vaksin Covid-19 mereka dijadualkan pada 13 Julai depan.

Sementara itu, ketika ditanya tentang faktor usia panjang ibunya, dia memaklumkan ibunya itu tidak minum ais sepanjang hidupnya dan sentiasa mengambil sayur-sayuran setiap hari.

“Ibu saya tidak minum ais dan sehingga kini dia masih kuat untuk bangun dan bersiar-di sekitar rumah, malah untuk berkebun.

“Dia akan pastikan untuk makan sayur-sayuran bagi menjaga kesihatan. Dia tidak mempunyai sebarang penyakit hanya ada alahan dan kegatalan pada kulit,” katanya yang memberitahu ibunya merupakan seorang penoreh getah sebelum ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya