Hotel tawar khidmat seks diserbu - Utusan Malaysia

Hotel tawar khidmat seks diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :Sebuah hotel di Setapak Indah, di sini, diserbu polis selepas disyaki menjalankan dan menawarkan perkhidmatan seks membabitkan wanita warga asing.

Dalam serbuan kira-kira pukul 9 itu, sebanyak 11 individu termasuk sembilan wanita warga asing diberkas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, pihaknya turut menahan lapan lelaki termasuk seorang lelaki warga Bangladesh disyaki pelanggan dalam serbuan itu.

“Dalam serbuan itu, kita menahan seorang lelaki dan wanita tempatan, masing-masing berusia 34 dan 45 tahun yang berkerja penjaga kaunter, serta sembilan wanita warga asing itu disyaki pelacur.

“Kita turut merampas 21 kondom, tiga tuala, dua botol minyak pelincir dan wang tunai RM400,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Nasri, kes disiasat mengikut Seksyen 372 dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan, serta Seksyen 55B, Seksyen 55E dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959 dan 1963.

“Kita turut mengeluarkan kompaun mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya