Hilang empat sekeluarga dalam dua minggu kerana Covid-19 - Utusan Malaysia

Hilang empat sekeluarga dalam dua minggu kerana Covid-19

GAMBAR kenangan Muhd. Akmal Shamsudin bersama ayahnya (berkopiah), ibu (duduk, dua dari kanan) dan adik bongsu (duduk bawah, bertudung) di rumah mereka di Pasir Gudang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada yang lebih menyedihkan melainkan kehilangan empat individu tersayang hanya dalam masa kurang dua minggu akibat jangkitan pandemik Covid-19.

Itu yang dihadapi oleh Muhd. Akmal Shamsudin apabila terpaksa menerima berita pemergian ayah, ibu, ibu saudara dan adiknya selepas bertarung nyawa kerana wabak berkenaan.

Berkongsi kesedihan itu di Facebooknya semalam, Muhd. Akmal kehilangan ayahnya, Shamsudin Abdullah yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.15 pagi selepas dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Sungai Buloh, di sini.

Tepat sambutan Hari Bapa pada 20 Jun lalu, Muhd. Akmal sempat mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada Allahyarham di Facebooknya yang ketika itu Allahyarham masih berada di dalam ICU bertarung nyawa.

“Mal (nama timangan Muhd. Akmal) tahu ayah tak boleh baca ucapan ini kerana masih lagi dalam ICU bertarung dengan Covid-19.

“Tapi ketahuilah yang kami semua sentiasa mendoakan ayah cepat sembuh seperti sedia kala. Kami anak-anak, menantu, cucu semua sayangkan ayah dunia dan akhirat dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ayah,” katanya.

Sebelum itu, pada 15 Jun ibunya dilaporkan meninggal dunia terlebih dahulu pada pukul 8.20 pagi akibat Co­vid-19.

Pada 23 Jun lalu pula, ibu saudaranya, Normah Yussof dan adik bongsu, Farah Nadiyah Shamsudin masing-ma­sing meninggal dunia pada pukul 3.20 pagi dan 7.11 petang hari sama.

“Ya Allah, ampunilah mereka, rahmatilah mereka, kasihanilah mereka, berikanlah mereka semua kemudahan untuk masuk ke syurgamu.

“Kami sayangkan mama, ayah adik dan makcik semua. Tapi Allah lebih sayangi mereka,” katanya dalam satu pautan di media sosial Facebook semalam.

Kiriman itu mendapatkan 341 tanda suka, 315 komen dan 13 perkongsian dan rata-rata pengguna media sosial mendoakan kesejahteraan keluarganya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya