Henti beri kelulusan operasi kepada syarikat - Utusan Malaysia

Henti beri kelulusan operasi kepada syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya tidak melanjutkan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) sebagai alasan untuk memanjangkan tempoh darurat.

Lanjutan sekatan pergerakan penuh ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini didakwa boleh mempengaruhi tempoh Proklamasi Darurat  jika lebih banyak syarikat dibenarkan beroperasi dalam tempoh itu yang dikhuatiri akan menyebabkan peningkatan kluster jangkitan harian Covid-19.

Ini kerana, sektor ekonomi merupakan penyumbang terbesar iaitu hampir 60 peratus kluster penularan wabak yang kebanyakannya berpunca daripada kluster kilang dan tapak pembinaan berbanding komuniti sebanyak 12 peratus.

Isu itu dibangkitkan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Aziz Kaprawi yang mendesak Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya menghentikan urusan ‘pintu belakang’ meluluskan operasi syarikat di luar sektor keperluan.

Jelas melalui angka yang diterbitkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) ini menunjukkan bahawa sektor ‘ekonomi taikun’ ini terus dibenarkan beroperasi walaupun ia merupakan kluster tertinggi penularan wabak ini.

“Janganlah hendak menuduh rakyat mempunyai mentaliti kelas ketiga sekiranya pemimpin Kerajaan PN sendiri yang tidak serius dalam penguatkuasaan. Jangan pula yang hendak sabotaj total lockdown semata-mata untuk memanjangkan lagi tempoh darurat!” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.

Semalam, Mohamed Azmin menafikan hantaran Facebook Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri mengenai ‘tutup pintu hadapan tapi…’ mempunyai kaitan dengan beliau terutama berhubung pemberian kelulusan operasi sebahagian besar sektor perkilangan.

Sebelum ini, 95,124 syarikat dilapor mendapat kelulusan untuk beroperasi sejak 1 Jun dan jumlah itu adalah daripada sebanyak 517,144 syarikat melibatkan 9.67 juta pekerja yang sudah membuat permohonan melalui Sistem Pengurusan Pintar Covid-19 (CIMS).

Justeru, Aziz yang juga bekas Timbalan Menteri Pengangkutan itu menjangkakan, lebih banyak syarikat akan dibenarkan beroperasi dalam masa terdekat walaupun total lockdown diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Mei lalu.

“Lebih mengejutkan lagi apabila hari pertama sekatan pergerakan penuh ini dilaksanakan, MITI mengumumkan terdapat lebih daripada 95,000 syarikat telah mendapat kebenaran untuk beroperasi semasa tempoh tersebut.

“Sekiranya Kerajaan PN mahukan PKP 3.0: Total Lockdown ini adalah yang terakhir, maka buatlah betul-betul,” katanya. -UTUSAN ONLINE 

 

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya