Hasmiza bangkit berniaga online - Utusan Malaysia

Hasmiza bangkit berniaga online

HASMIZA HASHIM,37, menjalankan perniagaan serum muka secara dalam talian selepas menutup operasi pusat kecantikannya berikutan PKP sebelum ini di Taman Sri Arau, Perlis semalam- UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Hasmiza Hashim, 37, yang mengusahakan pusat kecantikan sejak tahun 2007 pernah melalui tempoh sukar iaitu terpaksa memberhentikan operasi perniagaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.

Bagaimanapun, situasi tersebut tidak mematahkan semangat ibu kepada seorang anak berusia setahun itu untuk mencuba berniaga secara dalam talian.

Siapa sangka, usaha tanpa mengenal erti putus asa membuahkan hasil apabila perniagaan serum muka secara ‘online’ berjaya membawa pulangan cukup lumayan sehingga mencecah RM10,000 sebulan.

Hasmiza berkata, selepas pusat kecantikan terpaksa ditutup apabila sudah tidak mampu menanggung kos kerana tidak beroperasi dalam tempoh beberapa bulan berikutan PKP sebelum ini, dia mengambil langkah mencuba bidang baharu iaitu berniaga secara dalam talian.

Katanya, meskipun pada peringkat awal agak kekok untuk berinteraksi dengan orang ramai secara langsung di Facebook namun dia berjaya mengatasi rasa tersebut dan semakin yakin berniaga secara dalam talian itu.

“Saya sendiri tidak sangka berniaga secara dalam talian mampu menjana pendapatan yang lumayan. Apa yang penting kita jangan sesekali putus asa untuk terus berusaha.

“Dalam suasana norma baharu dengan ramai terkesan, perniagaan secara dalam talian adalah pilihan terbaik membantu menjana pendapatan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Arau di sini semalam.

Tambahnya, kejayaan perniagaan tersebut turut membuka ruang kepada ramai orang menjana pendapatan tambahan apabila dia sudah mempunyai lebih 50 ejen dan stokis.

Katanya, produk kecantikan Toya Serum itu hanya dijual pada harga RM33 dan permintaan semakin tinggi saban hari.

“Meskipun pengalaman pertama berniaga ‘online’ namun saya mula menyesuaikan diri.
Malah, perniagaan secara dalam talian ini memberi saya lebih masa bersama keluarga.

“Sambil menjana pendapatan, masa kita juga banyak bersama keluarga dengan perniagaan hanya dilakukan di rumah. Selalunya saya mula bersiaran langsung di Facebook antara pukul 9 malam sehingga 12 tengah malam,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya