Harimau dahan berkeliaran disahkan mati - Utusan Malaysia

Harimau dahan berkeliaran disahkan mati

HARIMAU dahan yang ditemui berkeliaran di Kampung Bukit Bertam di Selama, Perak, Rabu lalu. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Harimau dahan yang ditangkap selepas dilihat berkeliaran di Kampung Bukit Bertam dekat Selama Rabu lalu, disahkan mati ketika dIrawat di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, harimau spesies dilindungi dengan nama saintifik Neofelis nebulosa itu mati pada pukul 12 tengah malam, Khamis lalu.

Katanya, pemeriksaan yang dilakukan mendapati, harimau itu mati kerana dijangkiti Virus Canine Distemper (CDV).

“Kebiasaannya, haiwan yang dijangkiti CDV ini terpaksa ditidurkan kerana ia adalah penyakit berjangkit.

“Bagaimanapun, bagi kes harimau dahan ini, haiwan yang positif CDV itu tidak sempat ditidurkan kerana telah disahkan mati oleh doktor veterinar,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati haiwan berkenaan tidak tercekik tulang walaupun keadaannya ketika ditangkap seperti cuba memuntahkan sesuatu.

“Berdasarkan pihak veterinar, harimau itu dipercayai terkena jangkitan daripada bawaan binatang domestik seperti anjing dan kucing,” katanya. 

Utusan Online Rabu lalu melaporkan, kehadiran harimau jantan berusia antara tujuh ke lapan tahun itu disedari penduduk kira-kira pukul 10.50 pagi.

Haiwan yang kelihatan kurus dan kelaparan itu dilihat berkeliaran di sekitar rumah penduduk kemungkinan bagi mencari makanan.

Dipercayai harimau dahan itu keluar dari kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau yang terletak berhampiran untuk mencari makanan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya