Harga dedak naik lagi, penternak makin tertekan - Utusan Malaysia

Harga dedak naik lagi, penternak makin tertekan

HUSMIZAR Hussain memberi dedak soya putih yang harganya kini mencecah RM70 bagi setiap 50 kilogram kepada kambingnya di Arau, Perlis, semalam. – UTUSAN/ MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Entah apa puncanya, harga dedak terus naik dan kini dijual RM70 bagi 50 kilogram menyebabkan penternak semakin buntu dan tertekan.

Kenaikan RM3 daripada RM67 bagi makanan haiwan ternakan itu merupakan peningkatan kali kelima hanya dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Justeru, penternak berharap kerajaan memandangkan serius isu berkenaan kerana kenaikan berterusan harga dedak menyebabkan mereka kos yang perlu mereka tanggung juga meningkat, apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini.

Penternak kambing, Husmizar Hussain, 41, berkata, kenaikan harga dedak sehingga RM70 merupakan paling tinggi sepanjang pengalamannya lebih 10 tahun menternak kambing.

Katanya, dalam tempoh enam bulan ini, sudah lima kali harga dedak soya putih mengalami kenaikan dan dia terpaksa mengeluarkan kos tambahan sehingga RM400 sebulan.

Jelasnya, para penternak tidak ada pilihan lain dan terpaksa menggunakan dedak meskipun harganya terus meningkat.

“Selepas dua minggu stok dedak tidak ada sebelum ini, dedak kembali dengan harga baharu iaitu kenaikan sehingga RM3 sejak beberapa hari lalu.

“Kenaikan tersebut sangat memberi kesan kepada kami terutama dalam tempoh sekatan pergerakan yang menyaksikan harga barangan semakin mahal,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambahnya, di sebalik kenaikan harga dedak berkenaan yang menyebabkan mereka perlu mengeluarkan lebih kos, susu kambing yang dijual penternak pula masih pada harga sama.

“Masalah kenaikan ini bukan baharu malah setiap kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, harga dedak akan naik. Jika berterusan begini, teruk bagi kami dengan tidak sampai sebulan atau dua bulan ada harga baharu pula.

“Setakat ini, tidak ada lagi tindakan saya lihat sama ada dari kerajaan atau pihak berkaitan untuk mengatasi isu kenaikan harga dedak ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya