Hanya ahli sukan menetap, berpangkalan di luar negara boleh bawa isteri - Utusan Malaysia

Hanya ahli sukan menetap, berpangkalan di luar negara boleh bawa isteri

TANGKAP layar status Hafizh Syahrin dalam media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelulusan permohonan keluar negara melalui MyTravelPass (MTP) hanya diberikan kepada ahli sukan yang menetap dan berpangkalan di luar negara sahaja untuk dibenarkan membawa pasangan seperti pelumba basikal dan pemain golf profesional.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook memberitahu, ahli sukan yang menyertai kejohanan secara ‘on and off’ dan tidak menetap di luar negara, tidak dibenarkan membawa pasangan semasa menyertai kejohanan.

Kata kenyataan itu, hanya jurulatih dan krew profesional yang terlibat sahaja dibenarkan keluar bersama ahli sukan berkenaan.

“Ini kerana terdapat beberapa kes penyalahgunaan kelulusan permohonan keluar negara melalui MTP oleh warganegara Malaysia melalui semakan yang dijalankan di pintu masuk negara.

“Terdapat individu menggunakan kelulusan tersebut dengan tujuan lain selain daripada kategori yang dibenarkan keluar negara memandangkan melancong dan bercuti tidak dibenarkan keluar negara.

“Justeru, semua peserta kejohanan juga perlu mendapat sokongan dari agensi kawal selia seperti Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS),” katanya kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan maklum balas hantaran di media sosial membabitkan seorang pelumba motosikal mengenai permohonan MTP isteri beliau untuk keluar negara ditolak.

Tambah kenyataan itu, JIM berperanan sebagai petugas barisan hadapan mengawal sempadan dan melihat keselamatan secara keseluruhan.

Selain itu, JIM juga telah membantu mengawal penularan kes import dari luar negara melalui kawalan pergerakan yang sentiasa diperketatkan dari masa ke semasa.

“Ini terbukti melalui kes import yang ‘single digit’,” jelasnya.

Terdahulu, niat pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin untuk terbangkan isterinya ke Eropah berdepan kesukaran terutama membabitkan kelulusan daripada Imigresen dan pihak berkaitan.

Situasi terbabit menyebabkan pelumba itu sekali lagi ‘meletup’ menerusi Instagramnya dengan meluahkan kekecewaan apabila dikatakan isterinya, Noor Suzana Abdul Manaf ‘sangkut’ seterusnya tidak boleh terbang ke Itali.

Kesulitan yang dihadapi Suzana itu kemungkinan disebabkan sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan kerajaan bermula hari ini sekali gus perjalanan ke luar negara dihadkan bagi membendung penularan Covid-19.

“Sumpah saya tak faham. Tak faham dengan apa (dimahukan) Imigresen dan kerajaan, saya nak terbangkan wife (isteri) ke sini bukan suka-suka encik, apa yang berlaku pada race (perlumbaan) lepas sumpah buka mata sendiri, kena ada salah sorang kena dekat dengan saya.

“Sebab kalau apa-apa berlaku encik senang…kalau Malaysia-Europe (Eropah) dua jam tak apa, ini 16 jam fly (terbang) saja.

“Saya race demi Malaysia dan minat, bukan bercuti…serius macam minta sedekah,” katanya dalam satu hantaran di Istagram.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya