Gudang simpanan barang tanpa lesen dikompaun - Utusan Malaysia

Gudang simpanan barang tanpa lesen dikompaun

AZMIZAM (kanan) bersama Ahmad Fadzli (tengah) melihat timbunan arang yang disimpan di gudang tersebut di Jalan Kem, Pelabuhan Klang, Selangor hari ini-UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELABUHAN KLANG: Kewujudan sebuah gudang terbuka yang terletak bersebelahan kawasan Pangsapuri Taman Sri Berembang, Jalan Kem di sini menjadi tanda tanya terutama beroperasi sewaktu pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.

Malah, operasi gudang yang beroperasi tanpa lesen itu turut mengeluarkan habuk-habuk dan berterbangan serta menimbulkan kekacauan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, pihaknya menyedari kewujudan gudang itu sejak sebulan yang lalu dan menerima aduan daripada penduduk setempat.

Menurutnya, jika gudang itu dibiarkan terus beroperasi akan memberi kesan buruk terutama membabitkan kesihatan kepada lebih 500 keluarga.

“Penduduk flat tersebut mengadu mereka terpaksa menghidu debu arang dan tempurung kelapa hancur. Pemilik memberi alasan terpaksa meletakkan arang, tempurung kelapa sawit yang dihancurkan dan dedak makanan haiwan kerana gudang asalnya penuh.

“Namun, apabila dilakukan operasi hari ini, kita mendapati premis ini telah beroperasi sejak tujuh tahun lalu dan tidak mempunyai lesen,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Azmizam hadir bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam operasi selama lebih satu jam bermula pukul 2.30 petang.

Dalam pada itu, Yang Dipertua MPK, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, pihaknya telah mengeluarkan kompaun terhadap sebuah gudang menyimpan barang itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati gudang berkenaan beroperasi tanpa lesen dan kompaun telah keluarkan kompaun mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 2007.

“Sejak PKP penuh dilaksanakan, kita telah mengarahkan anggota membuat pemeriksaan di gudang dan kilang bagi memastikan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kegiatan operasi tersebut.

“Kita telah menghantar pegawai ke gudang tersebut untuk menjalankan siasatan dan tindakan selanjut akan diambil mengikut peruntukan undang-undang,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya