Gua batu kapur ikon pelancongan, identiti Ipoh - Utusan Malaysia

Gua batu kapur ikon pelancongan, identiti Ipoh

RUMAIZI BAHARIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Keunikan gua batu kapur di Lembah Kinta sewajarnya dijadikan ikon pelancongan dan  identiti bandar raya Ipoh. 

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, fenomena gua batu kapur dengan topografinya, gugusannya yang banyak dan lokasinya terletak di dalam kawasan bandar, tidak terdapat di bandar lain.

Menurutnya, sebagai contoh, di Nara, Jepun  rusa yang jinak dijadikan ikon pelancongan bandar tersebut manakala di  Bangkok, Thailand biasanya dikenali dengan pasar terapung manakala bandar raya Kuching, Sarawak pula ada ikon berupa patung kucing.

“Dalam konteks ini, sewajarnya gua batu kapur dijadikan sebagai ikon pelancongan di Lembah Kinta. 

“Ikon pelancongan ini secara tidak langsung akan memberi inspirasi kepada semua orang awam untuk menyayangi alam semula jadi,” katanya ketika berucap pada perasmian sempena Hari Antarabangsa Gua di sini hari ini.

Menurutnya, Geopark Lembah Kinta mempunyai 18 geotapak yang kesemuanya tidak terletak di dalam kawasan aktiviti kuari di Zon Ekonomi Industri Asas Mineral dan Batuan dan serta tidak dikacau ganggu oleh aktiviti pengkuarian semasa. 

“Saya turut mencadangkan agar Gua Masoorat ini dijadikan tapak yang ke- 19 sebagai geotapak baharu di Lembah Kinta.

“MBI sedia bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Galian dalam mengenal pasti lebih banyak kawasan seperti Gunung Masoorat untuk dibangunkan sebagai aktiviti baru untuk geo ekonomi dan eko pelancongan,” katanya.

Kata Rumazi, kelestarian warisan pensejarahan negara semenjak dari zaman prasejarah lagi yang terdapat  di Lembah Kinta menghadapi cabarannya yang tersendiri. 

Menurutnya, antaranya ialah isu berkaitan dengan pencerobohan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga  mengancam kelestarian gua batu kapur di Lembah Kinta.

“Beberapa cabaran lain juga memberi impak yang amat kritikal sehingga mengancam kelestarian gua batu kapur di Lembah Kinta seperti proses luluhawa, isu keselamatan dan pemantauan serta perbuatan vandalisme oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. 

“Dalam menangani kesemua cabaran ini ia memerlukan kerjasama semua pihak sama ada agensi kerajaan pusat, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya