Gerakan ingatkan Ketua Menteri, EMP bagi PSR masih belum diluluskan - Utusan Malaysia

Gerakan ingatkan Ketua Menteri, EMP bagi PSR masih belum diluluskan

OH TONG KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Parti Gerakan Pulau Pinang mengingatkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yang mana Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) yang baru dihantar semula oleh kerajaan negeri masih belum diluluskan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Sehubungan itu Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, adalah tidak membawa sebarang makna untuk Kon Yeow membuat pembelaan dengan panjang lebar dalam mempertahankan projek PSR sebelum KASA membuat keputusan berdasarkan tahap kerosakan yang bakal terjadi ke atas alam sekitar.

“Pada masa ini, yang paling penting adalah EMP yang baru dihantar itu dapat diluluskan oleh KASA, tanpa kelulusan daripada pihak kementerian, projek penambakan laut ini turut akan terbatal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan tetap meneruskan projek PSR itu dan tidak bersetuju dengan desakan pelbagai pihak supaya projek tersebut dibatalkan.

Dalam pada itu Tong Keong turut mempertikai jawapan Kon Yeow berhubung projek PSR semalam yang disifatkan tidak menjawab gesaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membatalkan projek PSR tersebut.

Antaranya, kata beliau, berhubung persoalan mengapa kerajaan negeri mesti menjalankan projek penambakan itu sedangkan masih terdapat banyak tanah di kawasan seberang (Perai).

”Bukankah lebih baik untuk kerajaan negeri menyeimbangkan pembangunan di bahagian pulau dan seberang,” katanya.

Tambahnya, persoalan lain adalah berkenaan keperluan meletakkan peranti pengumpulan ikan dan penanaman pokok bakau sekiranya kerajaan negeri berpandangan projek itu tidak akan merosakkan ekosistem perairan laut.

Dalam pada itu beliau berkata, Parti Gerakan tidak membantah sebarang projek pembangunan yang menguntungkan rakyat namun projek PSR secara jelas bakal mendatangkan impak yang besar ke atas alam sekitar.

“Ini adalah sebabnya mengapa banyak pihak membantah pelaksanaan projek tersebut, jadi mengapa kerajaan negeri terus berdegil untuk melaksanakannya?” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya