Beri bantuan secukupnya - Utusan Malaysia

Beri bantuan secukupnya

SHAHRIL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kerajaan mesti menambah bantuan secukupnya atau memberi moratorium automatik kepada golongan B40 dan M40 dalam tempoh Fasa Pemulihan Negara sekarang,  kata Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan.

Ini kerana pembukaan lebih banyak sektor ekonomi hanya selepas bulan Ogos seperti yang ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara akan memungkinkan lebih banyak lagi syarikat dan individu terputus sumber pendapatan.

“Berpijak di bumi nyata. Ramai yang tengah susah. Perlu bantuan pendapatan secukupnya seperti subsidi upah, geran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan lain lain yang belum mencukup, “ ujarnya kepada Utusan Online.

Beliau berkata suntikan fiskal semenjak penularan Covid-19 hanya lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ternyata amat kecil berbanding negara-negara  lain.

Perdana Menteri petang tadi mengumumkan Pelan Pemulihan Negara sebagai langkah keluar secara berfasa daripada kemelut penularan Covid – 19. Pelan tersebut  merangkumi empat fasa dengan setiap sektor akan dibuka secara berperingkat.

Menerusi pelan tersebut  Malaysia dijangka memasuki Fasa Ketiga pada bulan September atau Oktober dan ia bergantung kepada nilai ambang  iaitu purata kes harian Covid -19 menurun di bawah 2,000 kes, sistem kesihatan awam berada di tahap selesa manakala  40 peratus populasi negara sudah menerima dua dos suntikan vaksin.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya