DUN Melaka bersidang selewatnya Julai - Utusan Malaysia

DUN Melaka bersidang selewatnya Julai

GHAZALEE Muhamad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dewan Undangan Negeri (Melaka) dijangka bakal bersidang selewat-lewatnya Julai ini demi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Memaklumkan perkara itu, Timbalan Yang Dipertua DUN,  Datuk Ghazalee Muhamad berkata, perkara itu sudah dibawa kepada perhatian Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan pihaknya kini sedang menunggu kebenaran dan tarikh untuk bersidang.

Katanya, selepas mendapat keizinan daripada Yang Dipertua Negeri, tarikh itu perlu terlebih dahulu digazetkan dan proses berkenaan akan mengambil masa selama dua minggu.

“DUN Melaka akur dengan kebenaran dan izin oleh Seri Paduka yang mengarahkan supaya persidangan Parlimen dan DUN diadakan di dalam masa yang terdekat. 

“Kami sedang berunding, di pihak speaker sedang berurusan dengan Yang Dipertua Negeri untuk mendapat izin bersidang. 

“Perbincangan sedang dilakukan sebab kita hendak dapatkan tarikh, kemudian kena gazetkan barulah boleh bersidang. Selewat-lewatnya pertengahan Julai kerana proses pewartaan ambil masa dua minggu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sumbangan Bank Makanan Haiwan di Zoo Melaka, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan sesi persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Titah Seri Paduka, Parlimen berperanan sebagai satu platform penting untuk wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.

“Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan kerajaan bagi membantu rakyat yang berada dalam kesempitan dan memulihkan semula ekonomi negara,” titah baginda sebaik sahaja selesai Sesi Perbincangan Khas antara Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya