‘Doakan ya, Alhamdulillah semua dalam keadaan baik’ - Ebit Lew - Utusan Malaysia

‘Doakan ya, Alhamdulillah semua dalam keadaan baik’ – Ebit Lew

EBIT Lew memuat naik sekeping gambar bersama kenyataan ringkas perkembangannya di Gaza ketika ini yang melegakan banyak pihak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas lebih dua minggu menyepi tanpa khabar berita sehingga dikatakan hilang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin, Ebit Lew memuat naik status perkembangannya menerusi akaun media sosial miliknya.

“Doakan ya. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya di laman Facebook dan Instagram beliau hari ini.

Spekulasi kehilangan pendakwah terkenal itu timbul apabila akaun Facebook pendakwah itu didapati tidak lagi dikemas kini sejak 27 Mei lalu.

Bagaimanapun, Penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli kelmarin memaklumkan beliau berjaya menghubungi Ebit Lew melalui aplikasi Whatsapp dan berada dalam keadaan baik.

Ebit Lew berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu bagi melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.

Dua hari kemudian, beliau memuat naik perkembangan misinya apabila membeli barang keperluan asas dan ubat-ubatan yang dimuatkan dalam dua trelar besar dan  beberapa lori untuk dihantar terus ke hospital-hospital Gaza. 

“Saya bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent. Terima kasih semua yang bersama misi ini. Demi rasa kekeluargaan. 

“Menangis masa berdoa bersama tadi. Tak senang urusan ini tetapi dimudahkan oleh Allah. Terima kasih doa semua. Terima kasih teramat sangat pada Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra  bersama membantu sepanjang misi,” katanya.  – UTUSAN ONLINE  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya