Denda RM50 masuk FRIM tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

Denda RM50 masuk FRIM tanpa kebenaran

Kampus Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG: Seorang pencipta kandungan di YouTube (YouTuber)  didenda maksimum RM50 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memasuki kawasan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) tanpa kebenaran untuk membuat rakaman video, dua minggu lalu.

Majistret Nur Hafizah Rajuni mendenda Muhammad Alif Abdullah, 40, selepas tertuduh  mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan.

Sekiranya jumlah denda itu gagal dibayar, penjara selama 15 hari boleh dikenakan dan tertuduh  membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan pilihan, tertuduh yang juga bekas operator pengeluaran didakwa sengaja melanggar masuk kawasan itu tanpa alasan yang munasabah.

Kesalahan itu dilakukan di kawasan Bukit Hari, FRIM, Kepong Desa Jaya, Gombak di sini pukul 6.30 petang pada 4 Jun lalu yang didakwa mengikut Seksyen 22 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM50.

Terdahulu peguam M. Mariappan yang mewakili  tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan.

“Pada hari kejadian, tertuduh memanjat pagar dan  masuk ke kawasan hutan (tempat kejadian) untuk  mencari ketenangan dan membuat video bagi akaun  youtube miliknya, ” kata peguam itu.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya  Khairunnisak Hassni memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh. 

Mengikut fakta kes, dua anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dan dua anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) membuat rondaan di kawasan itu pada hari kejadian  dan ternampak tertuduh dalam keadaan mencurigakan. 

Selepas ditanya mengapa berada di kawasan itu,  tertuduh telah memberi alasan mahu membuat  rakaman YouTube namun gagal mengemukakan  apa-apa maklumat kebenaran untuk masuk ke  kawasan tersebut.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya