Dadah RM9.3 juta dirampas, tiga ditahan - Utusan Malaysia

Dadah RM9.3 juta dirampas, tiga ditahan

AZMI Abu Kassim (tengah) menunjukkan antara dadah yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur hari ini. UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Sepasang suami isteri dan seorang individu lain ditahan dalam serbuan berasingan di tiga rumah dan sebuah pangsapuri sekitar ibu negara, Cheras serta Kajang pada Sabtu lalu.

Dalam serbuan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotiik (JSJN) Kuala Lumpur, pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM9.3 juta turut dirampas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 21 hingga 31 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati empat premis terbabit dijadikan tempat penyimpanan dadah dan disewa dengan anggaran bayaran antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan sejak tiga bulan lalu.

“Antara dadah dirampas adalah heroin seberat 100 kilogram (kg), ketamin (9.8 kg) dan 59,000 pil Erimin 5 (16 kg).

“Selain itu, kita sita tiga kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire serta dua kereta jenis Honda City dan Proton Iswara dengan nilai keseluruhan RM512,900, selain wang tunai berjumlah RM400 bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Azmi berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati semua suspek negatif dadah dan semakan lanjut menunjukkan mereka mempunyai rekod berkaitan dadah.

Ujarnya, tangkapan suspek berkenaan membolehkan polis menumpaskan kegiatan pemprosesan dan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang didalangi warga tempatan.

“Dadah dirampas boleh dibekalkan kepada 169,535 pengguna bahan terlarang itu.

“Semua suspek dalam tahanan reman berakhir hari ini dan akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya