Covid-19 Pahang: Tujuh daerah zon merah - Utusan Malaysia

Covid-19 Pahang: Tujuh daerah zon merah

DR. BAHARI CHE AWANG NGAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebanyak tujuh daerah di negeri ini masih berada dalam zon merah Covid-19 sehingga hari ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Bahari Che Awang Ngah berkata, daerah itu membabitkan Bentong, Bera, Jerantut, Kuantan, Lipis, Maran dan Temerloh.

Menurutnya, tiga daerah berada dalam zon jingga iaitu Pekan, Rompin dan Cameron Hinglands manakala Raub dalam zon kuning.

“Tujuh daerah mencatatkan pertambahan kes dan yang tertinggi dicatatkan di dua daerah iaitu Kuantan dan Temerloh, masing-masing mencatatkan 15 kes baharu.

“Kemudian diikuti Maran 11 kes, Bera sembilan kes, Lipis enam kes, Bentong tiga kes dan Jerantut dua kes baharu pada hari ini.

“Dengan itu keseluruhannya sebanyak 61 kes baharu dilaporkan menjadikan kes positif Covid-19 sedang aktif di Pahang sebanyak 1,070 kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Setakat ini, jumlah keseluruhan kes disahkan positif Covid-19 di negeri ini mencecah ke angka 11,675 kes.

Sementara itu, tiada kes kematian baharu dilaporkan hari ini, malahan kes disahkan sembuh sepenuhnya kira-kira 156 kes setakat ini.

Dr. Bahari berkata, daripada sejumlah 755 kes positif Covid-19, mereka kini dirawat di lapan buah hospital dan enam buah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di seluruh negeri ini.

“Dalam pada itu, 113 kes berada dalam pengawasan di rumah oleh pasukan CAC dan 19 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Terdapat lapan kes di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan 11 kes di ICU Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh termasuk lima kes memerlukan bantuan mesin pernafasan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya