PETALING JAYA: Kes harian Covid-19 di negara ini meningkat semula selepas menunjukkan penurunan dalam tempoh dua hari berturut-turut.
Hari ini, sebanyak 6, 239 orang dilaporkan dijangkiti Covid-19 dan jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding semalam 5,566 kes dan kelmarin 5,271 kes.
Maklumat daripada Facebook Kementerian Kesihatan memaklumkan, tiga negeri menjadi penyumbang angka terbesar kepada peningkatan kes baharu hari ini iaitu Selangor (2,291 kes) Negeri Sembilan ( 507) dan Johor (468 kes). – UTUSAN ONLINE