PETALING JAYA: Sebanyak 7,452 kes positif baharu Covid-19 direkodkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini mencecah 610,574 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan sebanyak 2,509 hari ini, diikuti Negeri Sembilan sebanyak 843 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 678 kes.
Sarawak merekodkan (651 kes); Johor (412); Pulau Pinang (370), Kelantan (312); Pahang (286), Kedah (263); Sabah (259); Perak (252); Melaka (206); Labuan (205); Terengganu (190); Putrajaya (12) dan Perlis (4). -UTUSAN ONLINE