Covid-19 : 300 positif, 7 maut di Perumahan Awam Desa Rejang - Utusan Malaysia

Covid-19 : 300 positif, 7 maut di Perumahan Awam Desa Rejang

ASHARI ABU SAMAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dalam tempoh 18 hari sejak 1 Jun lalu, sebanyak tujuh kematian dicatatkan membabitkan penduduk kawasan Perumahan Awam Desa Rejang.

Dalam tempoh itu juga, sebanyak 300 kes positif dilaporkan membabitkan penduduk di kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, kawasan perumahan awam terbabit mempunyai 12 blok melibatkan kira-kira 12,000 penduduk.

“Setakat ini, keseluruhan kes positif adalah membabitkan blok F dan L.

“Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di kawasan ini akan bermula pada Jumaat hingga 1 Julai nanti dan seramai 250 anggota dari pelbagai agensi akan ditugaskan untuk mengawal selia kawasan terbabit,” katanya ketika ditemui di Perumahan Awam Desa Rejang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kat beliau, pihaknya turut akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam melaksanakan ujian saringan terhadap penduduk di kawasan terbabit terutamanya di Blok F dan L.

“Kita akan menjalankan ujian saringan Covid-​19 secara menyeluruh terlibat dan penduduk yang didapati positif akan dihantar ke pusat kuarantin.

“Selain itu, Kita juga akan melakukan ujian saringan di blok berlainan untuk memastikan kawasan ini selamat dari wabak Covid-19.

“Saya berharap penduduk di kawasan ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memberi kerjasama kepada pegawai kesihatan dalam menjalankan ujian saringan,” ujarnya.

Justeru, Tambah Ashari, penduduk juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang pesanan makanan atau barangan buat sementara waktu untuk dihantar ke perumahan terbabit kerana ia berada dalam kawasan Zon Merah.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyediakan bantuan makanan dan akan diagihkan secara berjadual. Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada persatuan penduduk untuk disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp.

“Bagi penduduk yang mendapat temu janji suntikan vaksin Covid-19 pula, perkara itu sedang dirujuk dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah sama ada tarikh itu akan ditunda atau petugas kesihatan sendiri akan ke lokasi ini untuk memberi suntikan. Perkara ini akan diputuskan dalam masa terdekat,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya