KANGAR : Ketiadaan tetamu dan pelancong berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini mendorong Hotel Putra Brasmana di Kuala Perlis di sini mengambil inisiatif berniaga makanan di tepi jalan. Cef dari hotel bertaraf tiga bintang tersebut tidak kisah ‘mengusung’ kuali memasak di kaki lima jalan sebagai usaha untuk memastikan kelangsungan hotel tersebut yang terjejas teruk akibat penutupan industri pelancongan berikutan Covid-19. Hotel yang terletak berdekatan Jeti Kuala Perlis itu terjejas teruk apabila hanya menyediakan khidmat makanan di bilik kepada sebilangan kecil tetamu yang datang untuk urusan kerja sahaja. Eksekutif Pemasaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya