Budak 6 tahun maut sesak nafas, rumah terbakar - Utusan Malaysia

Budak 6 tahun maut sesak nafas, rumah terbakar

KEADAAN kebakaran di sebuah rumah di tingkat 19, Kondominium The Rise Collection 2, Georgetown, Pulau Pinang yang menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan maut akibat sesak nafas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut dipercayai akibat sesak nafas dalam kejadian kebakaran di rumahnya di tingkat 19, Kondominium The Rise Collection 2, Taman Harapan, di sini hari ini. 

Mangsa merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu dilaporkan meninggal dunia selepas sejam menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira pukul 10 pagi ini. 

Semasa kejadian, mangsa yang dikatakan sedang tidur ditinggalkan bersama seorang lagi adik lelakinya berusia empat tahun di kediaman berkenaan. 

Adik mangsa dikatakan berada berhampiran pintu besi rumah mereka manakala ibu bapa serta seorang lagi adik bongsu yang masih bayi dibawa keluar bersama untuk membeli keperluan rumah. 

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 9.05 pagi tadi dan tiba kurang 10 minit kemudian. 

Menurutnya, sebaik  sahaja tiba di tempat kejadian mendapati api semakin marak beserta kepulan asap tebal di segenap ruang kediaman berkenaan. 

“Ketika itu, mangsa  bersama adik lelakinya terlebih dahulu dibawa ibu bapanya turun di tingkat bawah. 

“Mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri telah menerima bantuan pernafasan oleh pasukan bomba sebelum dibawa ke HPP menggunakan ambulans. 

“Bagaimanapun, kita dimaklumkan mangsa disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas selepas sejam menerima rawatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini. 

Beliau memberitahu, kejadian kebakaran  disedari ibu kanak-kanak tersebut sebaik sahaja melihat kepulan asap di dalam rumahnya semasa sedang membuat panggilan video bersama anak lelakinya pagi tadi. 

“Pasangan suami isteri terbabit dikatakan bergegas pulang ke rumah mereka memandangkan pintu utama ditinggalkan dalam keadaan berkunci. 

“Kita masih menyiasat punca sebenar kebakaran dan siasatan awal mendapati punca api dikatakan dari bahagian salah sebuah bilik tidur kediaman berkenaan,” tambahnya kemusnahan kebakaran adalah sebanyak 70 peratus. –  UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya