Bot nelayan tangkap ikan di luar kawasan ditahan - Utusan Malaysia

Bot nelayan tangkap ikan di luar kawasan ditahan

LIMA nelayan yang ditahan selepas menangkap ikan di luar kawasan dibenarkan berhampiran Pulau Tuba, Langkawi, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)  menahan sebuah bot yang dinaiki empat nelayan asing dan seorang nelayan tempatan pada kedudukan 2.1 batu nautika tenggara Pulau Tuba, di sini, semalam.

Bot tersebut yang menggunakan pukat tunda dikesan melakukan aktiviti menangkap ikan di luar kawasan dibenarkan 

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, bot tersebut berjaya ditahan oleh bot peronda APMM ketika melakukan rondaan dalam Op Benteng dan Op Aman pada pukul 11.15 malam.

Menurutnya, seorang tekong dan tiga kru asing tersebut mempunyai dokumen pengenalan diri yang meragukan manakala kru warga tempatan bot berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. 

Katanya, empat nelayan asing dan seorang lagi nelayan tempatan yang ditahan itu berusia antara 19 hingga 54 tahun.

“Pemilik bot tersebut disyaki melanggar syarat sah lesen dan melakukan kesalahan menggaji kru warga asing tanpa permit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, bot tersebut bersama lima krunya dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut dekat sini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN