Bomba selamatkan kerbau jatuh dalam lubang najis - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan kerbau jatuh dalam lubang najis

SEBUAH jengkaut digunakan untuk memecahkan pembetung dan membesarkan lubang najis untuk mengeluarkan seekor kerbau jantan di Kampung Bapong di Lipis, Pahang. - IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Sebuah jengkaut digunakan untuk mengangkat naik seekor kerbau jantan seberat 200 kilogram yang terjatuh ke dalam lubang najis di belakang sebuah rumah di Kampung Bapong di sini hari ini.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir berkata, seorang pegawai dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lipis bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kejadian itu.

“Kerbau jantan ini dipercayai terjatuh selepas terpijak penutup lubang najis ini dan pecah sehingga menyebabkan haiwan ini terperosok ke dalam lubang.

“Kita menggunakan tali untuk menarik haiwan ini, tetapi mengalami kesukaran kerana kerbau jantan ini bersaiz besar malah ruang lubang tandas ini sangat sempit,” katanya di sini hari ini.

Menurut Sharul Nizam, sebuah jengkaut digunakan untuk menggali tanah dan memecahkan pembetung najis supaya membuka ruang lebih lebar untuk mengeluarkan haiwan tersebut.

“Tugas menyelamat haiwan ini mengambil masa selama hampir dua jam untuk mengeluarkan haiwan ini yang terperosok dalam lubang tandas.

“Kerbau itu berjaya ditarik keluar dan cuma mengalami luka dan calar pada anggota anggota badan dan kemudiannya beredar dari tempat kejadian,” ujarnya.

Tambahnya, kejadan yang sama membabitkan seekor kerbau terperosok dalam lubang najis pernah berlaku di lokasi yang sama pada bulan September 2019.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya