Bomba angkat wanita 150 kg sesak nafas - Utusan Malaysia

Bomba angkat wanita 150 kg sesak nafas

PASUKAN bomba dari BBP Bukit Katil, Melaka mengangkat wanita seberat 150 kg yang sesak nafas untuk dihantar ke hospital. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang wanita seberat 150 kilogram (kg) terpaksa dihantar ke hospital menggunakan lori selepas mengalami sesak nafas ketika menjalani kuarantin Covid-19 di rumahnya di Rumah Awam Ayer Molek di sini, hari ini. 

Wanita berusia 49 tahun itu berjaya dihantar ke hospital dengan bantuan bomba yang mengangkatnya pada pukul 1.50 petang tadi. 

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 1.19 petang dan sepasukan tiga anggota dikejarkan ke lokasi. 

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil tiba di lokasi dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) pada pukul 1.35 petang.

“Kerja-kerja memindahkan mangsa dilakukan dengan menggunakan sebuah kerusi roda sebelum dia berjaya dinaikkan ke atas lori untuk dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya hanya dimaklumkan bahawa mangsa mengalami sesak nafas ketika sedang menjalani kuarantin.

“Mangsa masih lagi menunggu keputusan sama ada dijangkiti wabak Covid-19 atau tidak. 

“Pasukan kami bagaimanapun telah mengambil langkah maksimum pencegahan semasa melakukan operasi bagi mengelak penularan wabak tersebut,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya