PETALING JAYA: Graduan jurusan perubatan dari tujuh universiti di Mesir yang gagal memenuhi syarat Majlis Perubatan Malaysia (MPM) wajar diberi peluang menyambung pengajian mereka di universiti tempatan. Cadangan itu dikemukakan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) agar usaha selama bertahun-tahun dan kos pengajian mencecah ratusan ribu ringgit yang dibayar kepada institusi pengajian yang tidak memenuhi piawaian ditetapkan MPM, tidak sia-sia. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden MMA, Datuk Dr. M. Subramaniam berkata, mereka perlu diberi peluang untuk memperbaiki kelompangan yang berlaku termasuk membabitkan ketidakpatuhan aspek kokurikulum seperti digariskan badan berkenaan. Katanya, soal itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya