Bantahan, gesaan batal PSR akan dibawa kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Bantahan, gesaan batal PSR akan dibawa kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Bantahan dan gesaan supaya projek tambak laut di perairan selatan (PSR) negeri ini akan dibincangkan dalam Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Pulau Pinang.

Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pandangan balas berhubung projek tersebut juga akan dikemukakan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dalam masa terdekat.

Menurut Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, beliau senada dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang mahu kerajaan Pusat dan kerajaan negeri membatalkan projek PSR itu serta-merta.

Jelasnya, bantahan rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap projek itu adalah berasas serta disokong dengan alasan munasabah antaranya tidak diuruskan dengan telus dan terbuka untuk nilaian umum dan rakyat keseluruhannya.

Selain itu menurut beliau, projek PSR juga tidak lagi dianggap bertujuan membiayai projek-projek pengangkutan di bawah Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang sebaliknya, seakan-akan sudah menjadi projek hartanah yang dikuasai syarikat swasta.

“Projek itu juga memberi impak dan kesan langsung ke atas alam sekitar dan diakui oleh perunding Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) syarikat terbabit.

“Disamping itu, projek PSR juga mengancam keselamatan makanan rakyat dari hasil laut dan menyebabkan kemusnahan ekosistem, biodiversiti marin dan perubahan aliran air laut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Reezal Merican yang juga Menteri Belia dan Sukan, projek PSR juga bakal mendatangkan kesan ekonomi dan sosial jangka panjang kepada Pulau Pinang selain memberi kesan langsung kepada kehidupan nelayan yang bergantung kepada hasil laut.

Jelasnya, kemusnahan dan kerosakan akibat projek itu kepada kawasan laut yang menjadi sumber rezeki nelayan tidak akan dapat dipulihkan.

“Saya amat berharap kerajaan negeri Pulau Pinang dapat menilai segala desakan dan gesaan berkaitan projek ini dengan lebih serius.

“Hakikatnya, suara dan pendirian rakyat tidak wajar diketepikan sama sekali dalam pelaksanaan projek berskala besar dan bakal mendatangkan banyak keburukan jangka panjang seperti PSR,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya