Bangkai buaya 400 kg dalam sungai belakang rumah penduduk - Utusan Malaysia

Bangkai buaya 400 kg dalam sungai belakang rumah penduduk

BANGKAI buaya yang ditarik dari sungai menggunakan traktor di Kampung Teluk Peribu dekat Bagan Serai semalam. - SUMBER MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Bangkai seekor buaya seberat kira-kira 400 kilogram (kg) ditemukan terapung di sungai di belakang rumah penduduk di Kampung Teluk Peribu dekat sini petang kelmarin.

Pengarah Jabatan Perhilitan Perak, Yusoff Sharif berkata, buaya jantan sepanjang lima meter itu dianggarkan sudah mati dua atau tiga hari lalu berdasarkan keadaannya yang sudah mereput.

Katanya, bangkai haiwan itu ditarik naik ke darat menggunakan traktor setelah usaha menaikkannya menggunakan kenderaan jabatan itu tidak berjaya dan telah ditanam malam ini bagi mengelak pencemaran.

“Berikutan penemuan bangkai haiwan ini, jabatan menasihatkan orang ramai agar mengelak daripada ke sungai dan jika ternampak replitia ini, segera maklumkan kepada jabatan,” katanya ketika dihubungi pemberita semalam.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohamad Norlishazany Rosli, 24, berkata, dia ternampak bangkai haiwan itu terapung di sungai di belakang rumahnya pada pukul 4 petang semalam.

Katanya, ini merupakan kali pertama haiwan itu ditemukan di sungai kampung berkenaan.

“Saya sangka objek besar yang terapung itu pohon hanyut, setelah diamati rupa-rupanya bangkai buaya.

“Saya menghubungi rakan dan dengan menggunakan sampan, kami menghampiri bangkai haiwan dan menariknya ke tebing supaya tidak menakutkan nelayan yang melalui kawasan ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya