APM Lipis bantu warga emas lumpuh - Utusan Malaysia

APM Lipis bantu warga emas lumpuh

WARGA emas yang lumpuh dan dijangkiti bisul di bahagian bawah peha dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menaiki ambulans bagi mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lipis di Lipis, Pahang. - UTUSAN/IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Warga emas yang lumpuh hampir keseluruhan badan dari Kampung Tempoyang, dekat sini berjaya dibawa ke Hospital Kuala Lipis oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan rawatan hari ini.

Pegawai APM daerah, Mohd. Azhar Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan untuk mendapatkan bantuan ihsan itu kira-kira pukul 10.21 pagi.

“Kami menerima panggilan kecemasan itu daripada Mazlan Sulaiman yang memaklumkan kesukaran untuk membawa ibunya yang berusia 84 tahun ke hospital.

“Ibunya perlu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan berikutan terdapat bisul di bahagian bawah peha dan memerlukan rawatan segera.

“Pihak kami mengambil masa selama 10 minit untuk membawa mangsa masuk ke dalam ambulans sebelum dihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Azhar berkata, dalam operasi ihsan itu, APM bertindak membantu meringankan beban mereka yang memerlukan terutama melibatkan bantuan kecemasan.

Tambah beliau, pihaknya mengendalikan operasi tersebut dengan kekuatan seramai lima anggota dan menggunakan sebuah ambulans sahaja. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya