Anak penjual aiskrim raih 9A, mahu bantu ringankan beban keluarga - Utusan Malaysia

Anak penjual aiskrim raih 9A, mahu bantu ringankan beban keluarga

NUR Amalia Aqilah Mohd. Basri (tengah) berkongsi kegembiraan mendapat keputusan cemerlang 9A dalam dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bersama ibu bapanya di Kampung Binjai Kertas di Hulu Terengganu baru-baru ini. – Mingguan/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sedih melihat keadaan keluarganya yang terkesan akibat pandemik Covid-19 menjadi motivasi buat anak pengusaha aiskrim dari Kampung Binjai Kertas di sini hingga mampu meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

Nur Amalia Aqilah Mohd. Basri, 18, yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Mahmudiah di Kuala Berang memperoleh keputusan 9A termasuk lima A+ dalam subjek bahasa Melayu, sejarah, sains, usul al-din, al-syariah dan bahasa Arab.

Katanya, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lalu hingga kini, bapanya hilang pendapatan sementara kerana tidak dapat mengusahakan perniagaan aiskrim di majlis-majlis bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

“Pencapaian saya dalam akademik biasa-biasa sahaja sebelum ini tetapi selepas melihat kesusahan ayah untuk mencari duit sepanjang Covid-19, timbul rasa tanggungjawab untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mengubah nasib keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Menurut Nur Amalia Aqilah, walaupun SPM 2020 dilalui dalam suasana norma baharu termasuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), namun kelebihan tinggal di asrama memudahkannya belajar berkumpulan bersama rakan-rakan.

Katanya, sukar untuk mengikuti sesi PdPR di rumah kerana masalah capaian internet yang kurang memuaskan.

“Saya belajar seperti kawan-kawan lain, apabila ada yang tidak faham terus bertanya pada guru dan begitulah rutinnya sepanjang tempoh PdPR,” katanya yang bercita-cita menjadi guru.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya