Ambil tindakan pemilik Facebook hina Allah - Utusan Malaysia

Ambil tindakan pemilik Facebook hina Allah

AMRIN Hamzah membuat laporan polis terhadap sebuah akaun Facebook yang dipercayai menghina agama Islam di IPD Seri Alam, Johor. -UTUSAN/KHAIRUL MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Ayahanda Malaysia (Masia) dan Majlis Ayahanda Johor (MAJ) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook, Love Of LGBTQ Malaysia yang didakwa telah menghina agama Islam.

Bendahari Masia, Zamrin Hamzah berkata, perbuatan pemilik akaun itu yang meletakkan gambar baju putih dengan tulisan tidak sepatutnya adalah tindakan biadab dan tidak boleh dimaafkan sama sekali.

Tegasnya, perbuatan tersebut bukan sahaja berbentuk provokasi dan berbahaya malah turut menghina Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

“Kami desak polis segera bawa individu terbabit ke muka pengadilan, sudah berapa kali agama Islam dihina namun hukuman setimpal tidak dikenakan. Jika perlu pindalah undang-undang yang sedia ada dengan mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang melakukan kesalahan seperti ini.

“Sampai bila agama Islam di negara ini mahu dipersendakan. Kes ini perlu dijadikan contoh kepada pentingnya hukuman yang lebih berat. 

“Kita tidak mahu lagi apabila ada pihak menghina agama, mereka hanya minta maaf dan senyap namun kemudian insiden sama masih berulang,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, di sini hari ini.

Kata Zamrin, perbuatan pemilik akaun itu telah mencetuskan kemarahan masyarakat dan buktinya boleh dilihat dalam ruangan komen Facebook berkenaan.

“Perbuatan itu serius dan jika dibiarkan boleh mencetuskan perbalahan antara agama, justeru polis perlu bertindak segera,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya