JOHOR BAHRU: Amalan meminta fi tempahan (booking fee) yang berleluasa dalam kalangan pemaju perumahan khususnya pihak swasta adalah bertentangan dengan Peraturan 11(2), PeraturanPeraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan 1989). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, K.N. Jayaselan berkata, berdasarkan peraturan di bawah Akta Pemaju Perumahan ( Kawalan Dan Perlesenan)1966 itu, mana-mana orang tidak boleh mengutip apa-apa bayaran sebelum Perjanjian Jual Beli (SPA) perumahan ditandatangani. Sehubungan itu, kata beliau, tindakan pendakwaan boleh diambil terhadap pemaju sekiranya terdapat aduan yang dikemukakan oleh pembeli. “Berdasarkan akta berkenaan, mana-mana orang yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya