Ahli politik terlibat kes cabul direman empat hari - Utusan Malaysia

Ahli politik terlibat kes cabul direman empat hari

Encorp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ahli Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang didakwa mencabul peserta Unduk Ngadau direman selama empat hari melalui permohonan secara dalam talian hari ini.

Majistret Lovely Natasha Charles memerintahkan ahli politik berusia 52 tahun direman empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Peguamnya, Marcel Jude mengemukakan bantahan dengan meminta mahkamah supaya tidak melanjutkan reman kerana anak guamnya mempunyai tekanan darah tinggi dan masalah hempedu.

Menurutnya, tiada keperluan untuk menemuramah kakitangan syarikat anak guamnya kerana tiada saksi yang boleh mengesahkan kejadian berlaku.

Malah, kes itu juga diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) dan ia telah tular di media sosial.

Difahamkan setakat ini seramai 10 orang saksi berjaya dikumpulkan dan ketika kejadian berlaku ada yang menghantar pesanan Whatsapp kepada mangsa memaklumkan mereka juga pernah diganggu oleh individu tersebut.

Pada Selasa tular di media sosial, bekas Penyelaras Parlimen STAR Putatan dan juga ahli jawatankuasa Unduk Ngadau peringkat negeri itu didakwa mencabul seorang peserta Unduk Ngadau pada 21 Mei.

Dalam laporan yang tular di media sosial, mangsa mendakwa menaiki kenderaan individu tersebut untuk makan malam dan individu terbabit bertindak meraba kedua-dua bahagian paha, belakang badan, leher dan tangan mangsa semasa berada dalam kenderaan.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya