Agong zahir tahniah kepada dua belia ke Akademi Tentera AS - Utusan Malaysia

Agong zahir tahniah kepada dua belia ke Akademi Tentera AS

AL SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada dua kadet dari negara ini, Mohamad Khairel Adha Mohad Khairee dan Nicholas Ong Yong Xen di atas kejayaan terpilih memasuki Akademi Tentera Amerika Syarikat (AS) tahun ini.

Seri Paduka Baginda selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia menzahirkan suka cita dan bangga atas kejayaan mereka berdua dipilih dalam calon seluruh dunia yang turut bersaing untuk mendapatkan tempat dalam akademi tersebut

Titah Yang di-Pertuan Agong, kejayaan itu juga membuktikan lagi bahawa kita mampu bersaing dan berjaya di peringkat antarabangsa sekaligus mengharumkan nama Malaysia.

“Beta menzahirkan harapan semoga kejayaan mereka berdua menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan belia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan cemerlang di dalam bidang masing-masing.

“Beta menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Mohamad Khairel dan Yong Xen dalam menimba ilmu dan pengalaman seumur hidup ini di akademi tersebut. Beta mendoakan semoga mereka berdua dilimpahi kejayaan cemerlang dan menggunakan pengalaman serta ilmu yang diperoleh di akademi tersebut untuk berbakti kepada negara yang kita cintai bersama ini,” titah Seri Paduka Baginda hari ini.

Semalam, Kedutaan AS di Kuala Lumpur mengumumkan kejayaan Mohamad Khairel Adha dan Yong Xen yang dipilih memasuki akademi tersebut pada tahun ini.

Mohamad Khairel Adha akan memasuki Akademi Tentera Udara AS dan Ong Yong Xen yang merupakan bekas murid Maktab Tentera Diraja pula di Akademi Tentera Laut AS.

Menurut kenyataan kedutaan berkenaan, setiap tahun lebih ribuan permohonan dari seluruh dunia untuk memasuki akademi tentera itu.

“Untuk tahun ini, dua calon dari Malaysia terpilih berdasarkan pemilihan yang dilakukan Akademi Tentera AS,” jelas kedutaan itu.

Kedutaan itu turut mengumumkan bahawa sebuah majlis keberangkatan untuk kedua kadet tersebut akan diadakan secara langsung menerusi laman Facebook kedutaan (https://www.facebook.com/usembassykl/) pada 9 Jun ini bermula pukul 9 pagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya