Agong yakin langkah kerajaan tadbir negara tangani Covid-19 - Bersatu - Utusan Malaysia

Agong yakin langkah kerajaan tadbir negara tangani Covid-19 – Bersatu

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjunjung kasih keprihatinan dan keyakinan Yang di-Pertuan Agong, terhadap langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam mentadbir negara terutamanya dalam menangani penularan pandemik Covid-19.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dipengerusikan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sidang video semalam.

Beliau berkata, parti itu turut mengiktiraf keberkesanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lockdown dan pewartaan beberapa ordinan darurat seperti Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021,  Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 serta Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021 bagi melindungi rakyat dalam tempoh yang genting ini.

“Langkah-langkah tersebut terbukti mampu mengawal jangkitan Covid-19 dalam negara daripada 9,020 kes pada 29 Mei lalu kepada sekitar 6,000 kes harian ketika ini dan berjaya mengelakkan peningkatan kes jangkitan harian yang tinggi secara eksponen diluar jangkaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata, selain itu, mesyuarat MPT juga bersetuju sebulat suara untuk meluluskan beberapa pindaan terhadap Peraturan Persidangan parti, Peraturan Sayap Armada, Peraturan Sayap Srikandi dan Peraturan Sayap Bersekutu Bersatu selaras dengan pindaan Perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Katanya, Bersatu yakin dan percaya bahawa pindaan-pindaan tersebut mampu memperkasakan gerak kerja parti, melicinkan urusan pentadbiran parti dan mengukuhkan akar umbi Bersatu di setiap peringkat di seluruh negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya