ADUN Permatang Pasir didakwa mencabul - Utusan Malaysia

ADUN Permatang Pasir didakwa mencabul

Senjata
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)) Permatang Pasir, Pulau Pinang, Muhammad Faiz Fadzil didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan melakukan serangan seksual dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita, Mac lalu.

Muhammad Faiz, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Faiz didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan wanita berusia 31 tahun itu antara jam 9.45 dan 11.30 malam, pada 8 Mac lalu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu ketika berada di dalam sebuah kereta dari pusat membeli-belah Sunway Pyramid ke Subang Jaya.

Ahli politik Amanah itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Ogos ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dkendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin manakala Muhammad Faiz diwakili peguam Abdul Aziz Hamzah, Surya Putra Mohamed Taulan, Hairulallias Shaari dan Ahmad Faiq Azizan.

Pada 23 Mac lalu, Muhammad Faiz mengesahkan dipanggil polis membantu siasatan pada 18 Mac lalu berkaitan laporan polis terhadapnya. 

Muhammad Faiz berkata, beliau sudah memberikan kerjasama kepada pihak polis dan akan terus memberikan kerjasama bagi membantu proses siasatan.

Sebelum ini media melaporkan polis sedang menyiasat seorang ADUN dari sebuah negeri di utara Semenanjung atas tuduhan mencabul seorang pembantu kedai yang juga ahli sebuah parti politik.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya