Adu kepada MyGCC jika ada kes langgar SOP - Utusan Malaysia

Adu kepada MyGCC jika ada kes langgar SOP

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan membuka talian khas dan e-mel bagi membolehkan orang ramai membuat aduan jika ada maklumat kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka kini boleh terus menghubungi Malaysian Government Call Center (MyGCC) di talian 03-80008000.

“Juga menerusi e-mel kepada [email protected] atau kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu aduan.pematuhan.mkn.gov.my,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Beliau merujuk banyak isu berkaitan pihak industri atau premis perniagaan tiada dalam senarai perkhidmatan perlu, namun, beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Justeru, beliau menegaskan bahawa kerajaan sentiasa memandang serius mengenai isu kegagalan pematuhan SOP walaupun diarahkan tutup bagi mengekang wabak Covid-19.

Beberapa kementerian telah mengambil tindakan ke atas kilang dan premis komersial yang melanggar arahan seperti beroperasi lebih masa dan kehadiran lebih 60 peratus pekerja.

“Saya baru sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat Strategi Pematuhan SOP hari ini bagi memastikan tindakan agensi penguatkuasaan ke atas pihak yang ingkar itu,” tegasnya.

PKP 3.0 yang melibatkan sekatan pergerakan penuh bermula pada 1 Jun lalu turut menyaksikan hanya beberapa sektor ekonomi dibuka manakala sektor sosial ditutup selama 14 hari termasuk perkilangan yang bukan dalam senarai perkhidmatan perlu selain waktu operasi perniagaan hingga 8 malam ekoran peningkatan serius kes Covid-19 di seluruh negara.

MyGCC beroperasi 24 jam setiap hari dilancarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012 berdasarkan pelan sepadu Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Ia merupakan pusat sehenti panggilan kerajaan persekutuan dengan penyaluran komunikasi menerusi wadah telefon, e-mel, SMS, Facebook, Twitter, Instagram dan robot mesin chatbot.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya