Abdul Azeez dapat pelepasan mahkamah - Utusan Malaysia

Abdul Azeez dapat pelepasan mahkamah

KHAIRUL DZAIMEE DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dibenar ke luar negara  bagi mengetuai misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) al-Quds dan Gaza selepas menyerahkan  beberapa dokumen termasuk surat pelepasan mahkamah kepada Jabatan Imigresen.

Mengesahkan perkara tersebut kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, kebenaran itu diberikan selepas beberapa dokumen berkaitan pelaksanaan misi tersebut dikemukakan oleh Abdul Azeez minggu lalu

Kata beliau, dokumen yang dikemukakan termasuk surat sokongan daripada Wisma Putra dan surat pelepasan mahkamah kepada Jabatan Imigresen.

“Malah permohonan itu diluluskan Jawatankuasa Khas Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) dan Menteri Dalam Negeri yang menilai permohonan itu berdasarkan bantuan kemanusiaan.

“Kebenaran perjalanan itu turut diberikan dengan syarat penyertaan bagi misi itu tidak melebihi 10 orang, selain tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Difahamkan, Abdul Azeez dijadualkan berlepas ke Jordan semalam bagi misi itu.

Misi kemanusiaan HM4P selama dua minggu anjuran Biro Kebajikan UMNO (BIKUM) yang Abdul Azeez Pengerusinya, bertujuan menghantar bantuan makanan dan ubat-ubatan ke dua lokasi terbabit yang terjejas selepas serangan tentera Zionis bulan lalu.

Media sebelum ini melaporkan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azura Alwi membenarkan permohonan Abdul Azeez supaya pasport antarabangsa miliknya diserahkan semula buat sementara waktu mulai 10 Jun hingga 20 Julai 2021 bagi tujuan misi berkenaan.

Abdul Azeez berhadapan dengan tiga pertuduhan rasuah berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah membabitkan RM5.2 juta serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM140 juta di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya