952 ditahan dengan masih ramai ingkar pakai pelitup muka - Utusan Malaysia

952 ditahan dengan masih ramai ingkar pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara semalam merekodkan 952 individu ditahan dengan 870 daripadanya dikompaun, 81 direman dan seorang dijamin.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan tertinggi masih lagi sebab tidak memakai pelitup muka dengan 252 kes diikuti pula gagal merekod butiran diri di premis iaitu 176 kes, merentas kawasan dan makan di premis (116), tidak patuh arahan PKP (110), membawa penumpang berlebihan (98), tiada jarak fizikal (84) dan lain-lain lagi (116).

“Seramai 16 pendatang tanpa izin dan lapan buah bot turut disita semalam melalui Operasi Benteng selain sebanyak 228 buah bot atau kapal yang dicurigai turut dikesan berdekatan dengan perairan negara kita melalui lapan aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, seramai 869 individu yang tiba di tanah air semalam diarahkan kuarantin wajib bersama sejumlah 8,707 individu masih lagi dalam perintah itu selain 2,397 individu dibawa ke hospital, manakala 207,801 individu lagi sudah dibenarkan balik ke rumah.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barangan di 511 peruncit, 151 pemborong dan 30 pengilang serta melakukan sejumlah 1,646 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan hanya empat premis dikenakan kompaun.

Beliau juga mengesahkan, tiada pekerja asing yang didapati positif Covid-19 setelah 62 orang melalui ujian saringan wajib kelolaan Kementerian Sumber Manusia di seluruh negara semalam.- UTUSAN ONLINE 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya