9 ADUN PN Perak potong separuh gaji tiga bulan - Utusan Malaysia

9 ADUN PN Perak potong separuh gaji tiga bulan

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Perak bersetuju memotong separuh gaji mereka selama tiga bulan untuk disumbangkan kepada Tabung Bencana Covid-19.

Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pemotongan gaji mulai bulan ini sehingga Ogos depan.

“Langkah ini membuktikan keprihatinan ADUN dari kalangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas yang mendokong PN Perak merasai denyut nadi rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Faizal, keputusan itu juga sebagai menyambut seruan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ini adalah dasar keprihatinan kami atas permasalahan rakyat yang terkesan dengan penularan wabak Covid 19,” katanya.

Sembilan ADUN yang bersetuju memotong separuh gaji selama tiga bulan ialah Ahmad Faizal (ADUN Chenderiang); Razman Zakaria (Semanggol); Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik) dan Mohd. Akmal Kamarudin (Selama).

Turut sama, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah); Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau); Khalil Yahaya (Kubu Gajah); Paul Yong Choo Kiong (Tronoh) dan A. Sivasubramaniam (Buntong).

Semalam, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad dan exconya mengumumkan pemotongan gaji selama tiga bulan untuk disumbangkan kepada Tabung Bencana Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya