8 individu ditahan, dadah RM500,000 dirampas - Utusan Malaysia

8 individu ditahan, dadah RM500,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas lapan individu ditahan selain dadah bernilai hampir RM500,000 dirampas dalam serbuan di dua kondominium di ibu negara, kelmarin.

Dalam operasi yang dijalankan kira-kira pukul 1.49 tengah hari di Taman Miharja, di sini, dan Seri Kembangan, Selangor itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, serbuan pertama dilakukan di kondominium Taman Miharja dan berjaya menahan empat lelaki tempatan dan tiga wanita warga Vietnam berusia 23 hingga 32 tahun.

Kata beliau, Susulan itu, satu lagi serbuan dijalankan di sebuah kondominium berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang mengaku menyewa rumah itu dengan bayaran RM1,500 sebulan.

“Hasil kedua-dua serbuan berkenaan, polis merampas serbuk dadah disyaki MDMA anggaran berat 7.44 kilogram (kg), cecair MDMA seberat 12.15 liter, 450 biji pil ekstasi dan ganja seberat 15.14 gram.

“Turut dirampas dua kenderaan jenis Volkswagen Passat dan Perodua Axia serta wang tunai berjumlah RM4,481,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Adnan, siasatan awal mendapati sindiket itu mula aktif mengedar dadah di sekitar Lembah Klang sejak empat bulan lalu.

“Kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula kelmarin sehingga 7 Jun ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya