7,240 kes sembuh; 5,150 kes positif; 73 kematian - Utusan Malaysia

7,240 kes sembuh; 5,150 kes positif; 73 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes sembuh Covid-19 yang tinggi iaitu 7,240 kes berbanding kes positif berjumlah 5,150 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 73 kes kematian dicatatkan dengan 924 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 453 kes memerlukan bantuan pernafasan

“Selangor terus mencatatkan kes positif tertinggi iaitu 1,914 kes diikuti Negeri Sembilan (607), Sarawak (570), Kuala Lumpur (480), Johor (392), Kelantan (230) dan Kedah (228).

“Baki yang lain merekodkan 200 kes ke bawah iaitu Sabah (184), Melaka (152), Labuan (101), Pulau Pinang (99), Perak (66), Pahang (57), Terengganu (56) manakala Perlis (8) dan Putrajaya (6),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya